Mereka yg ku sayang...

Isnin, 2 April 2012

-Bab 2-

“Abang Airil kamu telefon tadi” Sapa Puan Maznah, apabila melihat kelibat anaknya Aira yang sedang khusyuk membaca novel di ruang tamu. Ralit dia memerhatikan anak bongsunya yang petah dan lincah berada di dalam dunianya sendiri. Begitulah Aira semenjak menghabiskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan lepas. Tamat sahaja peperiksaan, terus dipujuk bapanya ke kedai buku, lantas mencapai beberapa buah novel yang telah lama diidamkannya untuk dimiliki. Dituntut janji ibunya yang mengenakan perintah ‘berpantang’ daripada membaca novel dan menumpukan perhatian pada pelajaran.

“Ya ke, Ibu? Apa abang kata?” soal Aira acuh tak acuh. Sepertinya kurang berminat untuk mendengar perkembangan ‘abang’ yang amat disayanginya. Tidak seperti tahun-tahun lepas. Sebut aja Hairil, terus melonjak kegirangan.

“Aira dah tak contact Airil ke?” soal Puan Maznah pula. Menjawab soalan Aira dengan soalan juga.

“Entah, abang tu dah tak pedulikan Aira pun. Last contact dengan abang pun time PMR dulu. Abang wish good luck. And then, lesap..” jawab Aira. Terselit nada rajuk di dalam percakapannya. Lantas Aira menutup novel ‘Jangan Ganggu Lenaku’ karya Haiza Najwa yang tinggal sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan.

Aira memang gemarkan novel-novel melayu. Setakat ini, dia mempunyai 130 buah koleksi novel-novel melayu karya anak tempatan dan selebihnya pula dihadiahkan oleh rakan-rakan mahupun sanak-saudara yang memang sedia maklum dengan hobi Aira yang satu ini. Aira turut menyediakan satu sudut di ruang kamarnya khas untuk novel-novel kesayangannya itu.

Lantas, Aira bangun dari pembaringan dan melabuhkan diri di samping ibunya, sedia mendengan luahan hati ibu yang amat disayanginya itu.

“Ada apa abang Airil call Ibu?” soal Aira lagi. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya ‘Kenapa abang tak telefon aku je? Selalu tak pernah pun nak telefon ibu?’

“Dia jemput kita sekeluarga pergi rumahnya bulan depan” jawab Puan Maznah, masih ragu-ragu untuk memberitahu Aira perkara sebenar. Masih terbayang-bayang lagi kemesraan anak bongsunya itu dengan Hairil. Masih terngiang-ngiang gurauan Airil suatu ketika dahulu. Khuatir pula hatinya jika Aira memendam perasaan pada ‘abang’nya itu.





Hah, Airil. Bila kamu nak kahwin ni? Umur dah nak masuk 26 tahun. Mak cik tengok kawan-kawan kamu semua dah naik pelamin.’ Gurau Puan Maznah suatu ketika dahulu.

‘Saya? Ikut hati tu memang dah tak sabar nak naik pelamin, mak cik. Tambah-tambah bila tengok member-member dukung anak. Tapi, itulah. Tak ada yang nak kat saya ni. Orang yang saya berkenan pula, tak cukup umur lagi.’ Gurau Airil diselangi tawanya.

‘Laa.. Siapa pula yang tak mahukan kamu ni, Ril? Mak cik tengok kamu ni kacak, bergaya. Bakal doktor lagi. Rugi siapa yang tak pandang kamu ni’ balas Puan Maznah sambil memuji Hairil. Memang dia sukakan pemuda itu. Baik budi pekertinya, ramah dan pandai mengambil hati orang tua.

‘Ala, mak cik… Bukannya tak ada. Saya saja je jual mahal sikit. Nak tunggu Aira ni. Naik pelamin sekali’ ujar Airil sambil matanya melirik ke arah Aira yang malu-malu kucing. Semakin dewasa, semakin terserlah kejelitaan Aira. Sedap mata memandang.

Setelah terpisah hampir 8 tahun lamanya, hubungan mereka makin renggang. Mungkin kerana pertukaran hormon atau rasa malu yang menebal di dalam diri Aira. Maklumlah, dia bukan kanak-kanak lagi. Sudah muda remaja.

‘Yang kamu nak naik pelamin dengan Aira ni buat apa? Kalau kamu tunggu Aira, alamatnya tua la,kamu.’ Gurau Puan Maznah lagi.

‘Apa tuanya pula, mak cik? Tahun depan saya umur saya baru 27. Aira pula dah habis SPM. Boleh dah la tu, nak naik pelamin dengan saya. Saya booking siap-siap ni, mak cik. Jangan bagi orang lain kebas pula’ tambah Hairil lagi. Terkedu Puan Maznah dibuatnya. Diharapkan Hairil hanya bergurau sahaja.





Ibu, Ibu…” tegur Aira sambil menggoncang-goncangkan bahu ibunya. Dirasakan hnaya jasad ibunya berada di situ, manakala fikirannya telah melayang jauh.

“Ibu ni.. Mengelamun pula dia. Orang tanya dari tadi tak dijawabnya.” rungut Aira seorang diri sambil membelai-belai rambutnya yang hitam berkilat. Ramai yang memuji kecantikan rambut Aira. Halus, lembut dan lurus seperti membuat teknik rebonding. Mahkota itulah yang sangat disayangi Aira.

“Abang Airil kamu cakap dia nak kahwin bulan depan. Jadi, dia jemput kita sekeluarga ke majlis perkahwinannya itu nanti” tutur Puan Maznah lembut, dengan sekali lafa sambil memerhati reaksi anak bongsunya itu. Berat hatinya untuk mengkhabarkan perkara itu, kerana dia dapat merasakan anaknya menyimpan perasaan terhadap Hairil.

Aira terkedu. Namun, dia masih mempamerkan wajah biasa agar ibunya tidak mengesan gelora jiwa yang sedang dialaminya tika itu. Hiba Aira rasakan apabila mendengar berita tersebut daripada orang lain, bukan dari mulut Hairil sendiri.

‘Patutlah abang dah lama menyepi… Langsung tak pedulikan aku. Aku ingatkan betullah dia sibuk bekerja. Rupanya sedang menyulam kasih. Sampai hati abang…’ rintih Aira pilu.

“Ya ke, Ibu? Bila abang bertunang? Kenapa Aira tak tau pun? Tiba-tiba je, dengar berita nak kahwin.” Tanya Aira sambil tersenyum. Menutup kegusaran hati.

“Daripada tahun lepas lagi diorang bertunang. Saja Airil rahsiakan, Nak buat surprise katanya”

“Owh, ye ke? Ini memang betul-betul kejutan ni, Ibu. Eh, Alamak!!!! Aira lupa la, Aira belum sembahyang asar lagi. Khusyuk sangat baca novel tadi. Aira naik atas dulu ya, Ibu.” ujar Aira sambil berlari-lari anak ke kamar beradunya.

Kaedah untuk melepaskan diri sebenarnya. Aira rasa kecewa. Perasaannya bercampur baur. Tak mungkin untuk dia memperlihatkan reaksinya tika itu pada ibunya. Aira menyandarkan tubuhnya pada daun pintu. Cuba menenangkan hatinya yang terasa sakit seperti ditusuk sembilu. Setitis demi setitis air matanya gugur. Kenangan demi kenangan yang dicipta bersama Airil dikenangnya kembali. Akhirnya, Aira teresak-esak di situ.


2 ulasan:

  1. lowh..kawen ngn org lain plak k...sian aira...hukhukhuk

    BalasPadam
  2. sakitnye hati bila org yg kita sukai n cintai dalam diam,nak bersama ngan org lain......ermmm sabar yekk Aira

    BalasPadam