Mereka yg ku sayang...

Isnin, 2 April 2012

-Bab 1-

“ Abang…” sergah Aira pada Hairil yang sibuk menelaah pelajaran. Bilik Hairil kemas dan teratur. Terdapat pelbagai jenis majalah dan komik-komik disusun rapi.

“Eh, Aira.. Terkejut abang. Tengok ni.. Dah habis comot tulisan abang” marah Hairil pabila melihat tulisannya yang agak comot akibat sergahan Aira tadi.

“hehe.. sorry la bang.. Aira bukan sengaja pun. Meh sini Aira tolong padamkan. Mana liquid paper abang? Oh, dah jumpa. Jangan la marah..” pujuk Aira sambil memadam kesalahan kecil yang dilakukan Hairil pada buku kerjanya yang kemas.

‘Cantik tulisan abang.. Tak macam aku. Comot.. Sampai cikgu pun marah…’ ujar Aira di dalam hati sambil tersenyum.

“Ha, itu senyum apa pulak tu? Buat salah, tapi suka buat muka innocent macam tak tau apa-apa. Hah, ni macam mana boleh masuk rumah abang ni? Siap serbu bilik orang lagi. Kalau abang tengah pakai baju ke apa waktu tu, macam mana?” Soal Hairil memandang wajah comel Aira yang bulat. Kulitnya putih halus dengan matanya yang bundar.Alisnya terbentuk rapi dengan mulut yang comel dan pipi gebu seperti buah epal.

Mereka hidup berjiran. Inilah yang merapatkan kasih sayang antara dua insan ini. Beza umur 10 tahun diantara mereka tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk mereka berkawan. Apalah yang diketahui Aira? Hidupnya hanya dikelilingi kegembiraan. Setiap apa yang dilihatnya merupakan permainan.

“Alah, abang tu yang tak dengar Aira ketuk pintu. Dah nak tercabut anak tekak Aira bagi salam. Belajar ke mengelamun? Aira pun cuba la buka pintu. Rupa-rupanya pintu tak berkunci. Aira tengok senyap je, tak ada orang. Itu yang Aira masuk bilik abang ni. Abang ni apa lah.. Dah la duduk sorang-sorang. Tak kunci pintu pula tu. Kalau pencuri masuk macam mana? Nanti diorang culik abang, padan muka.” Bebel Aira sambil bercekak pinggang. Comel betul Aira ni. Tapi mulut, mengalahkan mak nenek. Sekali cakap, tak pernahnya nak berhenti.

“Ok la, abang minta maaf. Memang salah abang pun lupa kunci pintu. Nasib baik adik abang ni yang masuk. Kalau pencuri masuk, ‘culik’ abang pula tu. Macam mana ya?” soal Hairil dengan muka yang sengaja di seriuskan.

“Eh… tak nak lah bagi pencuri tu culik abang.. Nanti Aira nak kawan dengan siapa? Aira dah la tak ada abang. Nanti Aira nak pergi main kat rumah siapa pula. Abang jangan bagi pencuri culik abang, ya? Abang mesti lawan dia. Abang kan kuat..” Ujar Aira pula sambil memeluk Hairil.

Hairil terus mendakap Aira dan meletakkannya di riba. Dia amat menyayangi Aira. Aira sudah dianggap bagai adiknya sendiri. Dialah yang menceriakan hidup Hairil. Hairil merupakan anak bongsu. Kakak dan abangnya pula masih-masing sedang melanjutkan pelajaran ke universiti. Tinggallah Hairil bersendirian dirumah, bagaikan anak tunggal keluarga.

'Apa la, Aira ni.. Pencuri dengan peculik pun tak tau nak bezakan. Biasa lah tu, budak-budak. Budak darjah satu ni bukannya tau apa-apa, kan?' ujar Hairil sendiri.

“Aira tak cakap lagi kenapa Aira datang rumah abang ni” tanya Hairil. Matanya memandang tepat ke arah Aira yang comel berbaju pink. Sesuai sungguh dengan kulitnya yang putih bersih.

“Eh, bukan Aira selalu datang sini ke? Sekarang Aira dah tak boleh main kat sini lagi ke?” Tanya Aira sambil mengecilkan matanya, dengan mulut dimuncungkan, lagak protes dan nada merajuk.

“Bukan macam tu.. Aira nak datang sini bila-bila pun boleh. Aira kan adik yang paling abang sayang? Tapi, abang tengah study la, sayang.. Kan tak lama lagi abang nak SPM?” pujuk Hairil.

“Ala.. Aira baru nak cerita pasal kat sekolah tadi. Aira dapat kawan baru.. Dia baru pindah” rengek Aira pula.

Hairil mula keliru.. Mana mungkin untuk dia melayan Aira dalam keadaannya yang serabut dengan kerja sekolah yang bertimbun. Add Math.. Chemistry.. Biology…

“Ok, macam ni. Aira cerita. Tapi, abang kena buat kerja sekolah juga. Kalau tak, cikgu abang marah.” Pujuk Hairil.

“Yea!!!!. Abang nak dengar cerita Aira. Tadi Aira nak cerita kat Ibu. Tapi Ibu marah pula. Ibu cakap Aira kacau la, apa la. Aira tak tau la kenapa Ibu tu tak suka dengar Aira cerita” rungut Aira pula. Tangannya sibuk mencari sesuatu di dalam rak buku milik  Hairil. Boleh dikatakan Aira tahu di mana saja barang-barang Airil disimpan. Rumah Hairil sudah dianggap bagai rumahnya sendiri.

“Ibu Aira sibuk kot.. Aira cerita la, abang dengar.” Ujar Hairil sambil menekan kalkulator, membuat pengiraan.

Aira terus leka dengan dunianya. Berbaring di atas katil Hairi dan memulakan ceritanya sambil menatap album gambar keluarga Hairil. Hairil sesekali menoleh ke arah Aira.

          ‘Kesian pulak aku tengok dia bercakap sorang-sorang macam tu. Tapi, aku pun banyak kerja ni. Tak apa la, Aira. Kejap lagi abang tumpukan perhatian pada Aira, ya?’ ujar Airil sendiri sambil matanya melirik ke arah Aira sejenak. Lama kelamaan, dia leka membuat kerja-kerjanya tanpa menyedari si kecil tidak berceloteh lagi. Dia tidak menyedari Aira sudah tertidur kepenatan.





“TOK.. Tok.. Tok…” sayup-sayup kedengaran pintu rumah diketuk seseorang.

“Hah, Hairil. Ada kamu nampak Aira? Puas pak cik dan mak cik cari. Itu yang pak cik datang sini. Selalunya kalau dia hilang, di sinilah dia.” ujar bapa Aira dengan wajah penuh kerisauan.

“Oh, ada pak cik. Tadi sibuk dia suruh Hairil dengar cerita dia dengan kawan-kawan di sekolah. Becok sungguh..” ujar Hairil tersenyum.

“Dia ganggu kamu ke, Hairil?” tanya En.Rashid dengan nada risau. Bimbang anaknya itu mengganggu Hairil yang sibuk belajar ntuk peperiksaan SPM-nya beberapa bulan sahaja lagi.

“Eh, tak ada lah pak cik. Kejap, ye. Hairil panggilkan Aira. Masuk dulu, pak cik” pelawa Hairil ramah.

Tiba-tiba, cahaya yang terang daripada lampu kenderaan menyuluh wajah mereka berdua. Kenderaan pancuan empat roda itu diyakini milik keluarga Hairil.

“Itu pun Ayah dan Ummi balik. Mereka pergi kenduri tadi. Anak rakan sekerja Ayah bertunang” ujar Hairil tanpa dipinta.

“Rashid.. Apa khabar? Ada apa datang rumah kami ni? Maaf la, kami keluar kejap tadi” tegur Tuan Malik sambil berjabat tangan dengan ayah Aira.

“Saya cari Aira. Dari tadi tak balik-balik. Selalunya, ke sini lah dia.”

“Ialah, Aira dengan Airil ni memang tak boleh dipisahkan. Hah, dia ada kat sini ke, Ril?” tanya Tuan Malik pada anaknya pula.

“Ada, ayah. Tunggu sekejap Aril panggilkan” pinta Hairil sopan lalu melangkah ke kamarnya.

Pabila Hairil tiba di kamar baradu merangkap kamar miliknya, barulah disedari Aira sedang tidur dengan nyenyaknya. Tak sanggup pula rasanya untuk mengejutkan si comel bangun daripada mimpinya. Segera Hairil mengambil selimut dan menyelimutkan Aira. Wajah comel itu ditatap lagi. Di ciumnya lembut pipi gebu itu.

“Ayah, pak cik. Aira dah tidur la. Aril pun tak perasan bila pulak dia tidur” tutur Hairil sopan sekembalinya dia ke ruang tamu. Dilihatnya En.Rashid dan ayahnya sedang rancak berborak. Air juga sudah dihidangkan buat mereka berdua.

“Tak apa la, pak cik angkat dia bawa balik” ujar En.Rashid dan mula bangun daripada sofa antik yang didudukinya.

“Eh, tak payah la pakcik. Kesian pula nak kejutkan dia bangun. Biarlah dia tidur sini hari ni. Lagipun, esok tak sekolah kan?” pinta Hairil. Amat berat untuknya melepaskan si kecil pergi.

“Ya, lah Rashid. Biar la Aira tidur sini, malam ni. Dia bukannya tak biasa dengan kami ni. Lagipun, Hairil ni ada tengok-tengokkan dia. Kesian pula nak dikejutkannya Aira tu. Budak-budak ni, kalau tak cukup tidurnya, mulalah meragam.” sampuk Tuan Malik pula, memujuk ayah Aira sekaligus mematikan hasratnya untuk mengambil Aira.

“ Kalau begitu, tak apa la. Saya balik dulu la ya, Malik? Hairil, kalau Aira meragam malam ni, kamu hantar je ke rumah pak cik. Dia tu bukannya pernah berenggang. Risau pula saya” pamit Rashid sambil menyarung sepatu miliknya.

“Tak apa, pak cik. Tahulah Hairil nanti. Insya-Allah, tak ada apa-apa. Kalau dia meragam juga, Airil hantar dia balik.” Janji Hairil.


2 ulasan:

  1. oh kiranya 2 org ni beza umur dlm 10 tahun la ek... menarik...

    BalasPadam
  2. suke lh...šŸ˜ŠšŸ˜Š.

    BalasPadam