Mereka yg ku sayang...

Selasa, 3 April 2012

-Bab 3-

Yes, aku menang lagi!! Strike tu.. Habislah kau lepas ni..”  Ammar dengan bangganya bersorak riang. Wajahnya yang putih bersih ala-ala baby face membuatkannya menjadi kegilaan ramai. Namun, tiada seorang pun yang dapat menambat hati jejaka idaman Malaya ini.

Bunyi bising alunan muzik daripada corong radio becampur aduk dengan sorakan dan bunyi bola boling berlanggar dengan sasarannya tidak sedikitpun menganggu lamunan Aira. Dia seolah-olah ‘hilang’ dalam khayalannya sendiri.  Selalunya, Aira tidak begitu. Dialah yang paling riang. Gelaran ‘murai tercabut ekor’ memang sudah sebati dengan dirinya. Tambahan pula, dia merupakan Ratu Boling di sekolah. Aira juga merupakan pemain BowlingTenpin peringkat daerah dan banyak menyumbangkan pingat untuk sekolah, sekaligus daerah mereka.

“Hoi, Aira. Turn kau lah sekarang ni. Kau ni kenapa? Muram je aku tengok. Tak enjoy langsung” sapa Ammar sekaligus mengembalikan Aira dari khayalannya.

“Hah, turn aku ke sekarang ni? Eh, kau dapat strike la.. Fulamak, cayalah Am. You are the best!” Aira  tersenyum dan memaniskan wajahnya,berpura-pura gembira. Dia bingkas bangun dan membuat hi-5 pada Ammar. Lalu, Aira mengambil bola bolingnya dan bersedia untuk beraksi.

‘Bismillahirahmanirrahim.. Ya Allah, kali ni biar la aku dapat strike macam Ammar. Dah banyak kali dah ni bola aku masuk longkang. Malulah pada Am.. .’ bicara hati Aira. Dia cuba kuatkan semangat dan menghayun bola sepenuh tenaga. Berpandukan latihan dan didikan yang diterima daripada jurulatih, dia yakin dia mampu lakukannya.

Ok, berdiri di tengah-tengah, tetapkan sasaran, mulakan langkah dengan kaki kanan. Dalam kiraan lima, hayunkan bola sekuat tenaga. Satu… Dua… Tiga… Empat…

‘Gedebuk!!’  Bunyi kuat yang dihasilkan daripada bola boling yang dihayunkan Aira berjaya menarik perhatian beberapa pengunjung Bowling Centre itu. Aira terduduk lemah di situ. Semangatnya seolah-olah hilang dibawa pergi bola boling yang bergolek lemah sebelum memasuki longkang. Masih terbayang  dimatanya bagaimana bola tersebut terlepas dari genggaman tangannya yang lemah. Sedikit saja lagi pasti menimpa kakinya yang kecil molek. Ammar segera menghampiri Aira dengan riak kerisauan di wajahnya.

“Ya Allah, Aira. Kau ni kenapa? Tak makan nasi ke? Sikit aja lagi bola tu nak kena kaki kau. Kalau timpa kaki kau tadi macam mana? Nauzubillah…” ujar Ammar pula dengan nada cemas. Dipimpinnya Aira yang lemah longlai ke arah kerusinya tadi.

“Dah, kau duduk sini diam-diam. Biar aku habiskan turn kau ni. Aku jalan sekali lagi, habislah game. Then, kita pergi makan. Aku tengok gaya kau ni dah macam orang tak makan seminggu je” ujar Ammar lalu mengambil bola boling dan menghabiskan permainan Aira yang tergendala sebentar tadi.

‘Apa kena lah Aira tu? Selalunnya tak macam ni. Dah la tiba-tiba je call aku ajak main boling. Dah tu bukan dia main pun. Termenung je memanjang. Buat habis duit je tengok bola masuk longkang’ bicara Ammar sendirian sambil melihat score markah mereka berdua.

‘Kalau orang lain nampak ni, lucutlah gelaran ratu boling yang kau pegang tiga tahun berturut-turut, Aira.’ Omel Ammar sendiri.

Aira hanya memandang lemah skill permainan Ammar. Diakui, Ammar memang berbakat dalam sukan boling. Namun begitu, dia lebih gemar menceburi sukan perahu layar. Lebih mencabar katanya. Boling kurang mengeluarkan peluh. Tetapi, kulit dia tetap cerah. Tak terbakar dek panas. Still maintain cute dan macho. Itulah kelebihan Ammar yang membuatkannya menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan di sekolah.

“Ok, kau menang. Turn aku belanja kau” Aira bersuara  pabila Ammar semakin mengahampirinya. Fizikal Ammar yang tegap dan tinggi membuatkan Aira terpaksa mendongak habis untuk berbual dengannya.  Aira yang sudah sedia menukar kasut khas yang dipakainya untuk bermain boling menuju ke kaunter untuk memulangkan  kasut yang disewanya sebentar tadi. Sengaja Aira tidak membawa kelengkapan boling miliknya kerana bermain boling adalah helahnya semata-mata untuk  tidak menghadiri majlis perkahwinan Hairil.


*****


KITA lepak sini dululah.” Cadang Ammar lalu duduk di atas rumput karpet yang tersusun cantik di taman itu. Pemandangan yang indah dihiasi bunga  yang berwarna-warni dan menghadap  tasik membuatkan sesiapa yang memandangnya  tertarik dan berhenti buat seketika untuk melihat-lihat atau mengabadikan foto mereka di situ. Ternyata, Taman Rekreasi Permai Indah mempunyai tarikannya yang tersendiri di tengah-tengah kesibukan kota. Ammar dan Aira dalam perjalanan ke kedai makan. Mamang begitulah perjanjian atau persetujuan sepakat mereka bersama rakan-rakan jika bermain boling. Siapa kalah, dia kena belanja. Tapi, hari ni Aira hanya ingin bersama Ammar. Dialah tempat Aira bercerita. Ammar bersikap matang dan memahami. Dia pasti ada tatkala Aira memerlukan seseorang di sisi. Setelah pemergian Hairil, pada Ammarlah tempatnya mengadu. Kini, Hairil akan pergi dari hidup Aira. Buat selama-lamanya…

“Aira. Boleh aku tanya sesuatu?” Ammar memecah kesunyian diantara mereka. Aira hanya mengangguk sambil tangannya leka mencabut satu persatu helaian rumput yang tumbuh rapi di kawasan  itu.

“Aku tau kau ada masalah. Kalau tak, pasti kau tak akan berpelakuan pelik begini. Kau kongsikanlah bersama aku. Kalau aku tak dapat tolong pun, aku boleh menjadi pendengar yang setia. You know that, right? I’ll be there when you need me..” ujar Ammar lembut. Dia terus memerhatikan Aira yang tertunduk merenung kearah tangannya yang tak duduk diam menguis tanah dan mencabut rumput daripada tadi.

Tiba-tiba perlakuan Aira terhenti. Dia mula  mengangkat kepalanya sedikit demi sedikit dan berpaling kearah Ammar. Barulah Ammar perasan, ada duka di wajah itu. Mata Aira bergenang. Kolam matanya akan tumpah pada bila-bila masa sahaja.

“Am, boleh aku ‘pinjam’ bahu kau?” Aira meminta syahdu dengan penuh pengharapan. Ya, selama ini bahu itulah yang menjadi pendengar   dan  teman setia Aira tatkala berduka.

Ammar yang memahami terus menarik lembut kepala Aira kearah bahunya. Jika diikutkan hati, mahu saja Ammar menarik Aira ke dalam dakapannya. Namun, dia masih waras dan tahu hukum hakam agama. Tak mungkin untuk dia merangkul sekujur tubuh yang bukan sah menjadi miliknya.

Aira yang sedari tadi menahan rasa hatinya yang hiba melepaskan segala tangisan di bahu Ammar. Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan,menangis tanpa suara. Dia cuba bertenang. Namun, semakin lama kolam matanya semakin melimpah dan tidak henti-henti mengalir,malah semakin banyak dan laju menuruni pipinya yang mulus. Hiba hatinya mengenangkan Hairil yang telah sah menjadi milik  wanita lain tika itu. Sungguh, dia tak sanggup melihat Hairil tersenyum gembira di sisi wanita lain.

“Menangislah sepuas hatimu, Aira. Jangan disimpan duka itu sendirian. Lepaskanlah. Biar ia pergi seperti angin yang berlalu.” Pujuk Ammar lembut. Tangannya dari tadi tak henti-henti mengusap lembut kepala dan bahu Aira, cuba menenangkan gadis itu.

Dia tahu apa yang dialami Aira. Kakaknya yang kebetulan merupakan rakan sekampus Hairil suatu ketika dahulu ada mengkhabarkan tentang perkahwinan Hairil. Dia yang sememangnya mengetahui kisah Hairil dan  Aira langsung tak menyangka. Segalanya terungkap apabila Ammar melihat album lama kakaknya sewaktu belajar dahulu. Wajah jejaka itu tak mungkin dilupakannya. Aira ada menyimpan gambar Hairil di dalam buku teks biology.

Hairil semangat Aira. Dia jiwa Aira. Dia juga merupakan cita-cita Aira. Kerana Hairil, Aira belajar bersungguh-sungguh. Aira ingin mengikut jejak langkah Hairil. Aira ingin bejaya seperti Hairil. Ammar tahu semua itu. Ammar pasti, hati kecil milik Aira terluka.

‘Kan ku bersamamu, sayang. Am akan terus berada di sini. Am akan sentiasa berada di sisi Aira.. Am takkan tinggalkan  Aira. Itu janji Am’


*****

   
“Assalamualaikum..” sapa Hairil sopan memasuki kamar pengantinnya yang dihias indah. Sentuhan tangan mamanya dengan bantuan sanak saudara amat mengagumkan. Bauan haruman segar bunga hidup mewujudkan suasana romantis di kamar pengantin itu.

Yana hanya menjawab salam suaminya perlahan dan meneruskan aktivitinya menyikat rambut yang basah.

Pelahan-lahan Hairil menghampiri isterinya yang sedang merapikan diri di meja solek. Ditatapnya lembut wajah Liyana pada cermin yang memantulkan wajah mereka berdua. Tangannya mula liar mengusik rambut dan wajah Liyana.

“Awak ni, pergi la tukar baju dulu. Dari tadi pakai baju tu tak rimas,ke? Saya pun dah siap mandi ni.”  tegur Liyana sambil menepis tangan suaminya yang makin meliar. Liyana lalu bangkit dan menuju ke katil yang  dilapisi cadar yang cantik bersesuaian dengan tema perkahwinan mereka. Dua buah pasu bunga ros biru yang diletakkan di tepi katil menjadikan bilik mereka lebih segar.

“Itu sebab awak tak sabar tunggu saya,kan?” usik Hairil pula lalu duduk bersebelahan isterinya di tepi katil. Dia lalu membuka satu lapisan baju pengantin yang tersarung di tubuhnya sejak tengah hari tadi. Rasa rimas dan hangat mula menyelubungi tubuhnya.

Wajah  Liyana bertukar kemerahan. Pastinya malu dengan usikan Hairil tadi.

“Ril, kenapa saya  tak nampak Aira pun sepanjang majlis kita tadi?” Yana memulakan perbualan untuk menutup rasa malu dan gementar di dalam dirinya. Dia sememangnya tahu tentang keakraban Hairil dan Aira. Hairil sering menceritakan tentang adiknya yang satu itu. Dia juga kerap melihat gambar-gambar Aira bersama Hairil. Mereka seperti isi dan kuku yang tidak dapat dipisahkan. Keluarga Hairil amat menyayangi Aira sehinggakan gambar-gambar Aira turut digantung di dinding kediaman keluarga mereka.

“Dia tak dapat datang. Ibu dia cakap, dia dah janji dengan kawan-kawan nak keluar main boling. Maklumlah, ratu boling sekolah...” jawab Hairil tersenyum. Teringat kembali gelagat Aira sewaktu kecil. Aira memang lincah dan petah bercakap. Aira sudah dianggap bagai adik kandungnya sendiri. Dia sering mengikuti perkembangan Aira meskipun mereka terpisah jauh. Mungkin Aira tahu, dan mungkin juga tidak..

“Takkanlah tak dapat datang majlis perkahwinan abang dia  ni hanya disebabkan janji untuk bermain boling dengan rakan-rakan?” Tanya Liyana curiga. Janji itu boleh ditangguh atau dibatalkan pada bila-bila masa. Bukankah Aira sememangnya rapat dengan Hairil? Mungkinkah itu hanya alasan Aira untuk dia tidak menghadiri hari bahagia Hairil?

“Aira memang macam tu, sayang. Apa yang dijanjikannya pasti ditepati. Dia tak akan membiarkan orang lain berasa hampa dengan janji yang dibatalkan pada saat akhir. Lagipun, kan dia ada kirimkan hadiah pada kita melalui ibuya tadi? Semalam pun dia ada mesej saya minta maaf. Dia berkirim salam pada awak juga” Terang Hairil lembut lalu bangkit mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

“Sudahla tu, jangan difikrkan sangat. Mungkin tak ada rezeki awak jumpa Aira hari ni. Saya janji, saya akan kenalkan juga Aira pada awak. Pasti awak suka dapat berkenalan dengannya” pujuk Hairil lalu menutup rapat pintu kamar mandi.

Beberapa saat kemudian, Hairil membuka kembali pintu tersebut. Dia masih lagi seperti tadi, lengkap berpakaian. Ditenungnya lembut isterinya yang masih di birai katil

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Tanya Yana pelik bercampur segan. Dirasakan darah panas sudah menyerbu wajahnya.

“Saya nak pesan. Pakai wangi-wangi. Lepas tu kunci pintu betul-betul. Lampu tu malapkan sikit, baru best. Lagi satu, jangan lupa tunggu saya tau..” Bicara Hairil nakal lalu mengenyit mata  dan menutup kembali daun pintu. Terdengar tawa kecilnya di sebalik pintu. Liyana yang terkejut dengan kata-kata Hairil terkaku di situ. Pasti, mukanya sudah kemerahan menahan malu.


*****


MUNGKINKAH hanya teman biasa… mungkinkah..” bunyi yang menandakan ada panngilan masuk itu mengejutkan Aira daripada lamunannya. Lantas dia mencari telefon bimbitnya dan menjawab panggilan tersebut.

“Aira, kau ok ke?” sapa Ammar di hujung talian, tanpa salam mahupun pembuka bicara. Dia masih risaukan keadaan Aira. Dia pasti hati kecil milik Aira tidak tenteram, jiwanya berkocak hebat, fikirannya mudah terlayang mengenangkan satu-satunya abang yang dia ada sudah mempuyai orang lain untuk dia bercerita, bermanja dan bermesra.

“Aku ok la. Kau ni kenapa tiba-tiba call aku tanya ok ke  tak?” balas Aira pula. Dia sudah semakin tenang selepas meluahkan segala duka yang ditanggungnya pada Ammar petang tadi. Kata-kata Ammar telah menyuntik semangatnya untuk terus gagah berdiri. Mana  mungkin untuk dia mengharapkan kasih seseorang yang sudah sah menjadi milik orang lain.

“Bukannya apa. Aku risaukan kau je. Manalah tau kau tengah  melalak lagi.” Usik Ammar pula. Diharapkan agar Aira melupakan  cintanya yang tidak berbalas. Bagaimana pula untuk dibalas jika tidak diluahkan?

“Tak ada,la. Aku dah tenang sikit. Betul cakap  kau. Lepas aku nangis puas-puas tadi, barulah aku rasa lega. Rasa bagaikan masalah  tu hilang macam tu aja” balas Aira yang sedang berbaring di atas katil queen size miliknya. Sejak petang  tadi, Aira hanya memerap di dalam bilik. Dia tak mahu oorang tuanya mengesan wajahnya yang sembab dan  matanya yang kemerahan.

“Itu lah aku cakap, kalau kita menangis, masalah tu akan hilang. Menangis ni satu terapi juga,tau”  ujar Ammar lagi

“Ya, memang diakuilah semua tu. Tapi aku malu,la. Segan pun ada dengan  kau” kata Aira sambil tersenyum kecil. Teringat bagaimana teruknya dia menangis petang tadi. Habis baju Ammar dibahagian bahu lencun  dengan  air mata bercampur dengan air hidungnya. Ammar pula hanya tenang berjalan pulang dalam keadaannya begitu.

“Tak payah nak segan la.Aku bukannya tak biasa tengok kau menangis.. Cover cun konon. Depan aku, tersingkap segalanya. Memang taka da laki la nak dekat kau kalau tengok perangai sebenar kau, tau. Konon tabah. Dalam hati ada taman..” usik Ammar lagi.

Memang sudah banyak kali dia melihat Aira menangis. Aira memang begitu. Cuba mengatakan bahawa dia tenang, bahagia dan ceria selalu. Tak mungkin untuk dia memperlihatkan kesusahannya pada khalayak. Hanya dengan Ammar. Mungkin sudah dianggapnya Ammar bagai kembarnya sendiri. Dia sentiasa dapat menangkap kata hati Aira. Dia bagaikan ada deria ke-enam yang membuatkannya sentiasa mengetahui  kegelisahan Aira meskipun Aira tiada di hadapannya tika itu.

'Kalau la kau tau yang aku  sangat sayangkan kau...'  bisik Ammar sendirian setelah menamatkan perbualan singkatnya bersama Aira malam itu.

4 ulasan:

  1. bez laaa.....smbg2.....
    dpt rsa ksdhn Aira....
    :(

    BalasPadam
  2. assalamualaikum. . bez sesangat karya neh. . nurisha eira mmg ada bakat dlm penulisan. . harap2 cpt smbung eak. . tak sabar dh nk bce

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Hi,

    Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berminat mengambil naskah novel anda yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

    Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

    Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

    Sekian.


    Hubungi Kami:
    novelmcdp@gmail.com


    Untuk Info:
    NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan TANPA HAD secara PERCUMA.

    Anda boleh memuat turun aplikasi Novel+ di

    Google Playstore:
    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mmode.novel

    Apple Store:
    https://itunes.apple.com/my/app/novel+/id993607569?mt=8

    BalasPadam