Mereka yg ku sayang...

Jumaat, 13 April 2012

-Bab 4-

SMK Pangkalan TLDM riuh  dengan  suara  pelajar-pelajar yang mengambil keputusan  SPM  mereka  hari  itu.  Di bawah pohon yang rimbun dihadapan sekolah, dua orang gadis sedang rancak berborak. Mereka memilih lokasi yang agak jauh daripada kumpulan  pelajar-pelajar yang sedang kecoh bertanya khabar dan keputusan peperiksaan masing-masing. Perpisahan selama hampir  tiga bulan membuatkan mereka mempunyai banyak modal untuk mereka berkongsi cerita.

                “Kau  buat  apa  sepanjang  cuti  ni,  Aira?” Adilah a.k.a Didiey yang sedang bersandar malas  pada perdu pokok bertanya pada Aira bagi memulakan perbualan. Mereka merupakan kawan baik  dan  berada  di  dalam  kelas  yang  sama. Tetapi, serapat bagaimanapun persahabatan mereka, tidaklah serapat hubungan Aira dan Ammar, kan? Boleh  dikatakan  kesemua pelajar sekolah  mereka mengetahui keakraban Aira dan Ammar.

                “Aku?  Aku  duduk  rumah, study  novel-novel yang tunggu turn untuk dibaca daripada  dulu  lagi.  Baru-baru  ni,   aku   beli  lagi  tiga  buah  novel  terbaru.” Balas Aira dengan senyuman. Dalam  fikirannya, dia   sedang  mencongak-congak berapa  buah  novel  lagi  yang masih pending untuk dibaca. Biliknya juga sudah penuh dengan  koleksi  novel-novel  kesayangannnya. Bapa Aira turut membeli satu rak buku  baru  untuk  menempatkan koleksinya  itu

“Kau pulak?” 

“Aku  kerja  part  time di kedai runcit milik kawan ayah aku. Banyak jugalah pengalaman  baru  yang  aku  timba. Pening juga melayan karenah pembeli ni..” keluh Didiey. Pengalaman bekerja membuatkan dia mengakui betapa susah orang tuanya bekerja untuk mencari rezeki. Dia bukanlah datang daripada keluarga yang  berada. Ayahnya  hannya pesara tentera yang kini mencari rezeki sebagai security guard sebuah kedai  emas  berhampiran  rumahnya.  Ibunya  pula  hanya  meniaga  kecil-kecilan  di  tepi  jalan.

“Wah,  Bestlah  kalau  macam  tu.  Dapatla  juga  duit  poket.  Aku  ni   bukannya   tak  nak  kerja. Tapi, aku ingat nak relaks sikit la. Dah berapa tahun dah kita perah otak selama ni. Cuba kau count. Kalau start belajar umur 5 tahun sampai form 5, dah  dekat   12  tahun  tu.   Alhamdulillah,  berbaloi juga segala usaha kita ni,kan?” Aira  merenung  kembali  slip  keputusan  yang  diterimanya  pagi  tadi.Debaran  yangdirasainya  sewaktu   melangah  ke  sekolah  hanya  tuhan  yang  tahu. Dia amat mengharapkan keputusan  yang cemerlang bagi meneruskan pelajarannya ke peringkat yang  lebih  tinggi.

“Ala,  Aira  tu  bukannya  nak  relaks  ke  apa.  Dia  sebenarnya    malas..” Sampuk Ammar  tiba-tiba. Aira mahupun Didiey tidak menyedari sejak bila Ammar berada di situ, mencuri dengar perbualan mereka. Ammar dengan lagak biasa mengambil tempat disebelah Aira. Diangkat sedikit bajunya agar tidak kotor pabila duduk diatas  rumput   yang  basah.  Lalu, dicapainya botol air mineral milik Aira. Dengan lafaz bismillah, dia meneguk  nikmat  air  tersebut.

“Amboi-amboi…  Mana  datang  entah  abang  kita  sorang  ni, tiba-tiba menyampuk orang   tengah  bersembang.  Slamber dek pulak tu  dia minum  air  aku” Gumam Aira  geram  lalu  mencapai  kembali  botol mineral miliknya. Gerakan drastik Aira menyebabkan Ammar tersedak. Beberapa titik air turut membasahi bajunya. Aira dengan pantas mengambil tisu didalam beg sandangnya lalu mengelap mulut botol, sebelum memberikan tisu yang sama kepada Ammar untuk mengesat bajunya. Sengaja  Aira mahu mengusik Ammar.  

“Hoi, kau ni agak-agak la.. Kalau aku mati tersedak tadi macam mana? Tak sempat aku  nak  kahwin, tau!” Marah Ammar lalu mengetuk kepala Aira dengan slip keputusan  miliknya.  Aira  hanya  menjelirkan  lidahnya  kepada  Ammar  dengan riak  muka  menyakat. 

“Eh,  sudah-sudah la tu. Kalau tunggu korang berdua bergaduh, sampai esok pun tak habis.  By  the  way,  aku  nak  ucapkan  congratulations  pada  kau, Am. Cayalah, kau dapat jadi best  student.” Hani mengucapkan tahniah dengan senyuman manis.
 Keputusan  peperiksaan  Ammar  memang  telah  dijangkakan  warga sekolah.Ammarmerupakan  pelajar  yang  genious. Namun begitu,  dia  bukanlah  seorang yang angkuh atau  bongkak.  Dia tidak lokek berkongsi ilmunya dengan pelajar lain.

Thanks,  Diey.  Kau  pun  apa  kurangnya.  Dapat straigt A’s…” puji Ammar pula.

“Tapi, aku tak dapat straight A+ macam kau…” Puji Didiey lagi.

“Ok,  cukup  dengan  sesi  puji  memuji  korang  berdua.  Apa  kata  kita  pergi  raikan kejayaan kita ni?” Aira membantutkan perbualan  pasangan  itu. Dia dengan pantas berdiri lalu  mengibas-ngibaskan belakang seluarnya yang mungkin kotor dengan dedaun kering.

Ammar  dan  Didiey  berpandangan.  Mereka  tergamam  buat  seketika.

Bowling?”  Serentak  kedua-duanya bertanya. Mereka mengerutkan dahi. Seperti dapat mengagak  rancangan  Aira. 

‘Kau  tak  pernah  rasa  boring  ke  main  boling,  Aira?’  Soal  Ammar  didalam  hati. Tak  sanggup  pula  dia  bertanya  sendiri  pada  Aira. Dah  memang  hobi  dia..

“Hah?  Tak lah.. Kita pergi la tempat lain pulak. Korang ni macam nak peril aku je?”  Aira  mengembalikan  rakan-rakannya  yang  sesaat  berada  di  alam  lain. Dia mengangkat  sebelah  keningnya  menunggu  reaksi  mereka.

Ammar dan Hani bangun serentak. Mereka memberi isyarat sesama sendiri.Pastinnya,isyarat  itu  hanya  mereka  berdua  yang  tahu.

*****

Aira  berjalan  pulang  ke  rumahnya  selepas  puas  berjalan  dan  menonton  wayang  bersama Ammar  dan  Hani.  Mereka  memilih  cerita  hantu untuk  ditonton. Bolehlahmereka  menjerit  sepuas  hati  tanpa ditegur sesiapa. Ammar  diarahkan  untuk  dudukdiantara  Aira  dan  Hani.  Pastinya,lengan  Ammar  menjadi  mangsa  mereka  berduaapabila  terkejut  atau  takut  dengan   adegan  yang   ditayangkan.  Aira  tersenyum    sendiri  mengenangkan bagaimana kelatnya  wajah   Ammar  apabila  keluar  daripadapanggung.  Dia  memarahi  mereka  berdua  sambil  menunjukkan  kedua-dua belah  lengannya  yang  sedikit  bercalar  dan   kemerah-merahan. Mereka rasa bersalah menjadikan lengan Ammar sebagai tempat untuk bersembunyi dan melepaskan geram atau takut. Untuk menutup rasa bersalah, mereka berpakat untuk belanja Ammar makan KFC hari itu. Ammar dengan gembiranya menerima cadangan mereka.

Aira  berhenti  seketika  di  hadapan  pagar  rumahnya.  Pelik  melihat  sebuah  kereta  yang  diparkir  betul-betul  di  hadapan  rumahnya.

‘Ada tetamu ke?’  bisik  Aira  sendiri.  Dia  kemudiannya  terjengket-jengket berjalan menghampiri  kereta  itu. 

‘Macam  pernah  tengok  je.  Kereta  siapa ,ya?’ Soal Aira lagi. Dia cuba pula mengendap di dalam kereta mencari sesuatu yang boleh menunjukkan identiti pemilik kereta  tersebut.  

“Hah,  Aira.  Kamu  buat   apa  terhendap-hendap  tu?” Satu  suara  sergahan mengejutkan Aira. Dia lalu menyandar pada kereta yang tidak diketahui miliknya sambil memejam mata  dan meletak  tangan  kanan  diatas  dadanya  manakala  tangan  kiri  cuba  untuk   menampung  badannya  daripada  terjatuh.  Aira  merasakan jantungnya  bagaikan   mahu  gugur.  Terkejut  dia  apabila  disergah  sebegitu  rupa.

“Ibu!  Ibu  ni  apa  la.  Kalau  Aira  pengsan  tadi  macam  mana?  Main  sergah-sergah   pula”   komen   Aira.  Tanganya  masih  mengurut-ngurut dadanya yang masih  berdegup  kencang.

“Ya,lah.   Yang  kamu  terhendap-hendap  tu  kenapa?   Dah, jom  masuk. Abang kamu tunggu daripada tadi lagi.” Puan Maznah menarik tangan anaknya agar segera memasuki  mahligai  indah  mereka.

“Aik, Ibu! Sejak bila pula Aira ada abang? Mana Ibu dan Abah sorokkan abang Aira selama ni? Kenapa Aira tak pernah tahupun ibu ada seorang lagi anak?” soal Aira bertubi-tubi, dengan nada mengusik. Pastinya, dia telah dapat mengagak siapakah ‘abang’ yang dimaksudkan oleh ibunya itu.

“Sudah, tak payah sengaja nak usik ibu atau buat-buat blur. Masuk cepat, Abang Airil kamu dah lama tunggu tu..” balas Puan Maznah, malas mahu melayan karenah Aira.

Aira  yang   masih   terkedu  hanya  mengikut  langkah  ibunya.‘Patutlah macam kenal  kereta   tu.  Kereta  abang  rupanya.’ Gomel Aira didalam hati. Menyesal dia tidak menerima  perlawaan  Ammar  untuk  menghantarnya  pulang.   Jika   tidak,  bolehlah  Ammar  menemaninya  menghadapi  situasi  itu.  

Ammar   yang  sudah  bercadang  untuk   bersiar-siar telah meminjam kereta abangnya.  Dia  begitu  bangga  memandu  peroton  wira  itu  dengan  lesen  yang baruditerimanya  dua  minggu  lepas.  Itu   pun  selepas  puas dia memujuk dan meyakinkan abangnya  supaya  meminjamkan  keretanya  hari itu.

“Hah, Aira.  Kemana  tadi?  Dah  lama  dah  ni  Abang  Airil  kamu  tunggu nak jumpa.” Tegur  ayahnya, En.Rashid pabila melihat kelibat anak dan isterinya di muka pintu.

Aira  tergamam  lagi  melihat  wajah  tetamunya.  Dilihatnya  Abang  Airil   dan  Kak  Liyana  mesra  duduk  berdua.  Mereka  juga  memakai  baju  sedondon. Teserlah keserasian mereka  sebagai  pasangan  pengantin  baru.  

“Aira keluar dengan Ammar dan Hani. Tengok wayang. Eh, abang dah lama sampai?” Sapa  Aira  berbahasa.  Dia  lalu  menghampiri  Liyana  untuk  bersalaman.  

“Lama  la  juga.  Tunggu  adik  abang  ni.  Keluar  berpoya-poya pula dia. Patutla lambat  sangat  balik”  jawab  Airil.  Liyana sudah ke dapur menolong Puan Maznah menyediakan hidangan untuk minum petang. En.Rashid pula meminta diri ke kamar  untuk  mandi  dan  berehat.  Tinggallah  Aira  dan  Airil  berdua  di ruang tamuitu.  Aira  yang  kelu  lidahnya  hanya  diam  seribu  bahasa.

“Aira, abah dan ibu ada beritahu abang tentang keputusan Aira. Tahniah,dik..” ujar Hairil memecahkan kebisuan antara mereka berdua.

Thanks..” jawab Aira sepatah, dengan wajah yang ditundukkan. Entah mengapa, dia tidak mampu memandang wajah Hairil ketika itu. Perasaannya bercampur-baur.

“Aira pergi mana tadi? Keluar dengan siapa tadi?” sekali lagi Hairil cuba memancing Aira membuka mulut. Selalunya, Aira amat suka bercerita, terutamanya apa aktiviti yang dilakukannya sepanjang hari.

“Tengok wayang, dengan Didiey dan Ammar” jawab Aira ringkas.

“Siapa Ammar?” Tanya Hairil lagi, musykil. Tak pernah pula dia mendengar nama Ammar sebelum ini. Boleh dikatakan semua kawan-kawan Aira dikenalinya.

“Kawan Aira. Abang tak tahu sebab Aira tak pernah cerita, dan abang dah lama tak ambil tahu pasal Aira. Aira penat, Aira nak berehat.” Jawab Aira malas sebelum berlalu ke kamar miliknya.

Aira rasakan dia masih tidak kuat untuk bersemuka dengan Hairil, dan berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sukar juga untuk dia meykinkan diri sendiri, Hairil yang dahulu dan Hairil yang berada dirumahnya kini adalah Hairil yang sama.


******


“Am, boleh aku tanya kau sesuatu?” Didiey  meminta izin untuk melihat mood Ammar tika itu Mereka dalam perjalanan ke rumah Didiey selepas menghantar Aira ke stesen bas.  Dia  yang  bertegas  mahu  pulang  seorang  diri.

“Diey,sejak  bila  pulak  kau  pandai  minta  izin  nak  bercakap  ni?  Kalau  tak,  main redah  je  tak  kira  lampu  merah  ke  hijau.” Usik Ammar lalu menjeling sipi ke arah Didiey. Dia  yang  masih  belum  confident  memandu  sentiasa  berhati-hati agar tidak ada perkara  yang  tak  diingini  berlaku  kepada  mereka  berdua.

“Tak  ada  la.  Kali  ni  soalan  aku  bersifat  peribadi  sikit.  Takut  kau  marah  pula.” Terang  Didiey  menyusun  perkataan  agar  tidak  menyinggung  Ammar.

“Kau  nak  tanya  apa?  Insya-Allah,  aku  tak  marah…”  Balas  Ammar. Tangannya pantas  memberi  signal  untuk  memasuki  kawasan  perumahan  Didiey.

“Kau  sebenarnya  suka  Aira,kan?” Didiey straight to the point. Tak ada ayat muaddimah atau bertapis  seperti  tadi.

Ammar  hanya  mendiamkan  diri  dan  focus  terhadap  pemanduannya.  Dia  berhati-hati  kerana mereka  berada  di  kawasan  perumahan.  Segala  kemungkinan  mungkinberlaku  dalam  masa  kurang  sesaat  sekiranya  cuai.  Setibanya  di  hadapan  rumah  Didiey, dia memberhentikan kereta. Namun, Didiey masih tidak  menunjukkan  tanda-tanda  mahu  turun.  Mungkin  masih  menantikan  jawapan  Ammar.

“Kenapa kau tanya macam tu?” Akhirnya Ammar mengalah.  Dia  memperlahankan radio supaya bunyinya tidak bertingkah dgn bicara mereka.

“Firasat.  Firasat  aku  mengatakan  kau  ada  menyimpan  perasaan  pada  Aira. Kalautak, takkanlah  kau  masih  single. Kebanyakan lelaki  zaman  sekarang  ni,bila  masukform one je dah pandai nak couple bagai.”  Didiey memberikan pendapatnya. Ammar  sekali  lagi  mendiamkan  diri.  Mungkin  sedang  menyusun  ayat  untuk  membalas  kata-kata  Didiey  sebentar  tadi.

“Okey  la, ini  jawapan  aku.  Yang pertamanya, aku rasa aku masih muda dan tak perlu membebankan diri fikir masalah couple dan sebagainya ni. Buat apa couple kalau tak  ada   niat  untuk  menikahi  pasangan?  Sah-sah haram di sisi agama. Kedua,  firasat  kau  mungkin  betul.  Aku  hanya  redha  dan  menunggu sekiranya diaditakdirkan  untukku.   Aku  pun  tak  nak  mengharap  sangat.  Ialah,  kita  ni  masih  muda  remaja.  Perjalanan  kita  masih  jauh.  Kita  tak  tahu  apa  yang  tertulis  untuk  kita  dimasa  hadapan.  Kalau  lebih-lebih, dikatakan  cinta   monyet  pulak.  Yang ketiganya pula, kau tak rasa nak masuk rumah,ke? Dah lama dah ni aku tumpang parkir  depan  rumah  kau.  Nanti  orang  ingat  kita  buat  perkara  yang  tak  senonoh  pulak.  Dan yang terakhir sekali,  mak  kau  dah  terhendap-hendap di sebalik langsir tu. So,  aku  rasa  aku  perlu  turun  dan   explain.  Karang   mak  kau  fikir  lain  pula.” Ammar   menerangkan  panjang  lebar, siap dengan gaya dan reaksi mukanya lagi.  

Matanya  dari  tadi  menjeling  kearah  langsir  tingkap  rumah  Hani  yang  seperti   diusik  seseorang.Dia  pantas  mematikan  enjin   proton  wiranya  lalu  menapak  keluar daripda  kereta  pinjamnya  itu  diikuti  Didiey  yang  masih  tersengeh-sengeh menahan malu mungkin.


3 ulasan: